Perkongsian Komuniti Sebagai Alternatif Kepada Takaful dan Insurans

14 April 2023 by Sharlife

Kerap kali kita dikhabarkan dengan masalah yang sering berlaku dalam dunia takaful pada hari ini. Walaupun simpanan dalam takaful dikatakan sebagai instrumen menyimpan terbaik, namun pada tahun 2020, Institut Kesihatan Umum telah melaporkan bahawa sebanyak 43% daripada responden menjawab tidak mampu kepada soalan ‘Sebab-sebab tidak memiliki insurans/takaful kesihatan peribadi’. Hal ini sangat membimbingkan walaupun pada hakikatnya, industri takaful ini sudah pun bertapak lebih 30 tahun di Malaysia. 

 

Apakah masalah yang berlaku dalam dunia takaful pada hari ini?

Pandemik Covid-19 telah memberi kesan ketara kepada industri insurans dan takaful, dengan salah satu kesan yang paling ketara ialah penurunan pesat dalam caruman. Ramai pelanggan menghadapi masalah kewangan pada masa ini, menyukarkan untuk membuat pembayaran caruman. Namun, di sebalik cabaran ini, industri insurans dan takaful menyaksikan kebangkitan semula pada separuh pertama 2022, dengan peningkatan takaful perubatan berikutan peningkatan kesedaran orang ramai tentang kepentingan dan faedah perlindungan insurans dan takaful. Trend ini berterusan sepanjang tahun, terhasil dalam kadar penembusan insurans dan takaful yang tinggi pada 56.1%. Namun begitu, pada tahun 2021, kadar penembusan bagi industri takaful sahaja hanya 18.6%.

 

Apakah alternatif lain kepada insurans dan takaful?

Di Malaysia, terdapat alternatif lain yang diwujudkan bagi membantu individu yang kurang berkemampuan, di samping memastikan semua individu mempunyai pelan perlindungan mereka yang tersendiri. Platform ini dinamakan sebagai platform Perkongsian Komuniti. Platform ini diwujudkan bagi membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan mendapatkan akses kepada fasiliti perubatan melalui perkongsian komuniti.

Platform ini juga menawarkan pilihan alternatif kepada fasiliti perubatan dengan harga yang lebih murah. Setiap individu boleh membuat bayaran secara bulan serendah RM 10. Platform ini juga diklasifikasikan sebagai patuh shariah dengan mengaplikasikan dua kontrak patuh shariah iaitu Tabarru dan Wakalah.  

 

Senarai platform Perkongsian Komuniti di Malaysia

Senarai platform Perkongsian Komuniti di Malaysia

Di Malaysia, terdapat beberapa platform Perkongsian Komuniti yang telah diwujudkan, antaranya:

  1. Lyndung
  2. GatherCare

Anda boleh melawati laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menjadi sebahagian daripada Program Perkongsian Komuniti. Walaupun 2 program ini menggunakan konsep yang sama, mari kita lihat apakah perbezaan utama antara mereka. 

                                  

ProgramGatherCareLyndung
PentadbirGathercare Sdn. Bhd.Lyndung Sdn. Bhd
Yuran Keahlian (Tahunan)RM 360 - RM 400RM 120
Yuran Keahlian (Bulanan)TiadaRM 10
Umur Kemasukan15 hari - 45 tahun18 - 40 tahun
Sumbangan Perkongsian PermulaanRM 100RM 100
Pemegang amanahOng and ManeckshaAmanah Warisan Berhad (AWARIS)
eKYCTiadaCTOS Data Systems Sdn. Bhd.

 

Bagaimanakah Program Platform Perkongsian Komuniti berbeza dengan Insurans dan Takaful?

Program Perkongsian Komuniti berbeza dengan insurans dan takaful kerana ia berfungsi sebagai platform berasaskan dalam talian yang dipercayai menghubungkan individu yang berkongsi minat yang sama dalam meningkatkan komuniti mereka dengan menyokong dan menjaga kesejahteraan satu sama lain, terutamanya kesihatan. Program ini dibina atas prinsip gotong-royong (ta'awun), sokongan masyarakat, dan tanggungjawab. Konsep program ini adalah untuk berkongsi perbelanjaan perubatan di kalangan masyarakat, bukan untuk kemudahan atau penjimatan kos mereka, tetapi mereka didorong oleh hati nurani mereka untuk menyokong, menjaga dan membantu antara satu sama lain pada masa yang memerlukan. Matlamat utama program ini adalah untuk memastikan setiap ahli mendapat akses yang lebih mudah kepada penjagaan kesihatan.

Setiap ahli komuniti yang bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada komuniti mesti membayar jumlah yang kecil setiap tahun, dalam bentuk yuran keahlian atau wakalah, dan bil perubatan dibahagikan sama rata (dikongsi sama rata).

Dalam program Lyndung misalnya, tiada ejen sistem yang digunakan untuk menguruskan program tersebut. Sebaliknya, ia diuruskan oleh syarikat itu sendiri. Syarikat itu kemudiannya akan melantik Syarikat Induk Amanah Pematuhan Syariah sebagai pemegang amanah bebas untuk memantau dan menguruskan dana yang disumbangkan oleh ahli komuniti. Dengan menggunakan kaedah ini, tiada lagi isu ejen yang akan timbul dalam sistem pengurusan Program Perkongsian Komuniti ini.

 

Kesimpulan 

Sebagai kesimpulan, platform Perkongsian Komuniti adalah satu usaha yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak dalam memastikan kesemua individu pada hari ini mempunyai pelan perlindungan mereka yang tersendiri disamping memastikan keikhlasan dan keberkatan mampu dipupuk dalam melaksanakannya.