Affiliate Marketing yang Halal

25 Januari 2022 by Sharlife

Apabila dunia dilanda wabak pandemik Covid-19 dan negara menjalankan perintah berkurung, masyarakat terperangkap di dalam rumah. Walau bagaimanapun, tidak semua mengenai wabak ini buruk; ia juga telah menghasilkan impak positif dan peningkatan dalam industri dalam talian. Terdapat peningkatan dalam aktiviti dalam talian seperti melalui media sosial kerana dunia maya merupakan satu-satunya pautan untuk berinteraksi dan berhubung dengan dunia luar.

Kita sering melihat orang awam mempromosikan tempat mereka pergi, apa yang mereka makan, barang yang mereka beli dan pelbagai lagi perkara lain di media sosial. Mereka mengatakan perkara ini akan menjana pendapatan kepada mereka. Tetapi bagaimanakah aktiviti ini akan menjana pendapatan? Inilah yang dinamakan affiliate marketing.

Apa itu Affiliate Marketing?

Akibat wabak Covid-19, ramai individu yang telah kehilangan pekerjaan, mengakibatkan pelbagai pertumbuhan profesion baharu dan perkara ini dikenali sebagai 'Gig Economy'. Affiliate marketing adalah salah satu profesion tersebut. Terdapat pelbagai program affiliate yang tersedia, termasuk Amazon Associates, Program Affiliate Shopee, Airbnb Associate, dan pelbagai lagi.

Konsep asas program ini ialah anda perlu mempromosikan produk atau perkhidmatan di media sosial atau apa jua medium bagi pihak ketiga, komisen akan dibayar kepada anda untuk jualan yang berjaya tanpa kos tambahan kepada pembeli. Setiap kali pelanggan membeli sesuatu daripada promosi anda, anda akan dibayar komisen yang lazimnya berasaskan konsep Pay Per Sale (PPS) atau Pay Per Click (PPC). Apabila pelanggan memutuskan untuk membeli, mereka kemudiannya akan berurusan terus dengan pihak ketiga untuk menyelesaikan transaksi atau pesanan mereka, anda hanya perlu menberikan mereka cara yang betul dengan menyediakan pautan atau link.

Adakah Affiliate Marketing Halal?

Secara umumnya, pendapatan yang dijana daripada aktiviti affiliate marketing adalah dibenarkan kerana ia berdasarkan perkhidmatan yang disediakan. Ini menunjukkan bahawa sebagai affiliate marketer, anda pada dasarnya adalah orang yang mempromosikan sesuatu. Melainkan anda memasarkan produk atau perkhidmatan yang haram, seperti arak, perjudian atau forex. Pendapatan yang dijana itu akan dianggap sebagai haram, kerana anda mempromosikan produk dan perkhidmatan tidak halal.

Undang-undang perniagaan dropship yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia juga boleh dirujuk sebagai panduan untuk isu ini memandangkan mekanisme pemasaran dropship dan affiliate marketing menggunakan konsep yang sama iaitu wakalah. Menurut Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia, perniagaan dropshipping adalah penting kerana dropshipper dianggap sebagai pekerja atau ejen untuk produk atau perkhidmatan tersebut. Ia lebih bersifat perwakilan dalam konsep wakalah. Namun perlu dipastikan tiada unsur gharar atau penipuan.

Mempromosikan Produk yang Anda Tidak Guna

Isu ini timbul apabila anda, sebagai affliate marketer, mempromosikan produk atau perkhidmatan yang anda tidak gunakan. Jika barangan itu sendiri tidak haram dan anda memasarkannya dengan kepercayaan bahawa produk atau perkhidmatan tersebut akan memberi manfaat kepada pengguna, adalah dibenarkan untuk mengiklankannya sebagai seorang affiliate marketer walaupun anda belum mencubanya.

Masalah utama ialah apabila anda mempromosikan produk yang anda tidak suka atau tidak percayai! Tetapi, anda masih cuba untuk meyakinkan dan mempromosikan kepada masyarakat bahawa ia akan memberi manfaat kepada mereka hanya untuk membuat keuntungan demi diri sendiri. Pendapatan yang dijana dipercayai akan menjadi haram kerana dari sudut moral dan etika, ini juga dianggap tidak beretika dalam etika perniagaan Islam.

Pembeli Akhirnya Membeli Produk Haram

Persoalan juga timbul apabila, affiliate marketer mempromosikan produk halal, namun pengguna akhirnya membeli produk atau perkhidmatan tidak halal. Adakah pendapatan komisen yang diterima halal? Pada pendapat kami, komisen yang diterima daripada aktiviti ini boleh dikategorikan sebagai syubhah (meragukan).

Namun dalam keadaan sedemikian, peluang pelanggan akan membeli produk atau perkhidmatan tidak halal adalah berdasarkan kepada kebarangkalian pelanggan akan membeli produk atau perkhidmatan tersebut. Sebagai contoh, affiliate marketer mempromosikan produk halal tetapi dari laman web atau pautan yang kepelbagaian produknya adalah haram, jadi terdapat kebarangkalian yang tinggi untuk pengguna membeli produk yang tidak halal dari laman web tersebut.

Namun, lain pula jika anda mempromosikan produk halal dari platform yang kepelbagaian produknya adalah halal. Namun, pengguna membeli produk yang tidak halal. Pada pendapat kami, komisen yang diterima adalah dibenarkan kerana affliate marketer tidak boleh mengawal tindakan pengguna. Merekalah yang membuat pilihan.

Kesimpulan

Affiliate marketing adalah dibenarkan dalam Islam dan komisen yang diperolehi daripada perkhidmatan yang diberikan adalah dianggap halal. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan bagi affiliate marketer untuk hanya mempromosikan produk halal yang diyakini memberi manfaat kepada pengguna dan daripada platform patuh syariah untuk mengelakkan masalah seperti pengguna akhirnya membeli produk yang tidak halal berlaku. Wallahua’lam.