Memperkenalkan SharLife, Satu Pusat untuk Kewangan Islam

14 Disember 2021 by Sharlife

Sebagai seorang muslim, memilih produk yang halal dan patuh syariah adalah satu tanggungjawab. Tidak kira dalam aspek pemakanan mahupun perubatan, adalah penting untuk memastikan produk-produk tersebut halal, baik dan juga bebas dari unsur-unsur yang dilarang dalam islam.

Begitu juga dalam aspek kewangan. Perkembangan pesat dalam industri kewangan Islam di Malaysia telah mewujudkan pelbagai pilihan produk yang di tawarkan oleh institusi kewangan islam. Namun, mana satukah pilihan yang terbaik? Agak rumit untuk pergi dari satu laman ke satu laman untuk membuat perbandingan produk yang sesuai serta memenuhi kriteria yang diperlukan. Justeru, apakah cara atau solusi kepada permasalahan ini?

Apakah itu SharLife?

Memperkenalkan SharLife, sebuah platform yang membuat perbandingan produk kewangan patuh Syariah dengan misi untuk membantu pengguna dengan menyediakan maklumat-maklumat yang diperlukan tentang produk-produk dan servis-servis kewangan patuh Syariah yang ditawarkan oleh Institusi Kewangan Islam di Malaysia. Antara fungsi yang ditawarkan adalah fungsi perbandingan produk pembiayaan dan takaful, fungsi kalkulator Nisbah Khidmat Hutang serta pelbagai lagi. Mari kita lihat antara fungsi-fungsi yang ditawarkan oleh SharLife.

Fungsi Perbandingan Produk

SharLife menyediakan fungsi perbandingan produk seperti produk pembiayaan rumah, produk pembiayaan kenderaan, produk pembiayaan perbadi, kad kredit dan juga produk perlindungan takaful yang ditawarkan di bank dan pengendali produk di Malaysia. Fungsi ini juga menyediakan segala informasi-informasi penting yang diperlukan mengenai produk serta servis yang ditawarkan termasuklah jumlah maksimum atau minimum, tempoh pembiayaan, serta kadar caj yang dikenakan. Anda juga boleh menyaring pilihan mengikut bank atau operator kesukaan anda dan juga menetapkan tempoh matang maksimum untuk pembiayaan pilihan mengikut kesesuaian bajet.

Akan datang SharLife juga akan menawarkan perkhidmatan Cari Ejen Anda supaya pengguna boleh terus berurusan dengan ejen yang berdaftar untuk mendapatkan khidmat konsultasi peribadi dan informasi lebih lanjut mengenai produk yang anda berminat.

Fungsi Kalkulator Nisbah Khidmat Hutang

Fungsi kalkulator online ini disediakan bagi memudahkan pengguna untuk membuat pengiraan dan semakkan kelayakan sebelum membuat sebarang permohonan pembiyaan. Hanya perlu masukkan sahaja jumlah pendapatan serta perbelanjaan bulanan yang diminta dan sistem akan membuatkan kiraan Nisbah Khidmat Hutang anda. Cuba fungsi kalkulator ini sekarang.

Status Syariah Matawang Kripto

Matawang kripto menunjukkan ciri-ciri instrumen pelaburan yang menjanjkan dan menarik seperti yang dapat dilihat pada harga pasaran yang ditunjukkan oleh bursa global. Namun, apakah status matawang-matawang kripto tersebut? Adakah ianya patuh Syariah?

Oleh itu, SharLife telah mengambil inisiatif ini untuk membantu orang ramai melabur dan berdagang mengikut Garis Panduan Syariah. Sebagai rujukan kepada pelabur, SharLife telah membuat kajian dan analisa pendek bagi menentukan status Syariah matawang kripto tersebut. Kajian dan analisa matawang kripto ini dibuat adalah berdasarkan kepada tujuan pengeluaran syiling, Mekanisme Konsensus yang digunakan oleh blok syiling, penjelasan dalam kertas putih tentang pengeluaran syiling mereka serta beberapa lagi kriteria yang lain. Terokai bahagian Status Syariah Matawang Kripto kami untuk malumat yang lebh lanjut.

Segmen Artikel

Selain menyediakan fungsi perbandingan produk dan kalkulator, SharLife juga menyediakan bahan bacaan di ruangan Artikel untuk pengguna. Dapatkan maklumat terkini mengenai isu dan berita semasa berkaitan Kewangan Islam kerana kami membincangkan isu-isu yang hangat dan menarik tentang kewangan Islam di rungan artikel untuk bacaan para pengguna.

Nantikan juga fungsi langganan emel dimana kami terus menghantar artikel terbaru kami terus ke peti surat emel anda!

Kesimpulan

Terdapat pelbagai fungsi yang menarik ditawarkan di laman sesawang SharLife dan fungsi ini PERCUMA. Layari laman sesawang SharLife sekarang di https://sharlife.my.