Kami melihat Terra Classic (LUNC) sebagai projek yang patuh Shariah kerana tiada sebarang aktiviti atau produk atau projek yang menyalahi Shariah yang dilakukan langsung oleh pihak Terra Classic. Namun, persoalan timbul adakah permainan Terra Poker dan mekanisme pembakaran melalui permainan ini akan memberi impak dan kesan terhadap status Shariah Terra Classic (LUNC).
Sharlife21 Jun 2023
Dropshipping adalah satu bentuk perniagaan dimana reseller/dropshipper tidak memiliki aset atau stok yang dijual. Reseller atau dropshipper ini hanya akan mempromosikan barang yang dijual oleh pihak lain dan mendapat keuntungan dalam bentuk komisen hasil daripada jualan yang berjaya dilakukan.
Sharlife15 June 2023
Leverage atau margin merujuk kepada pelaburan yang dilakukan dengan menggunakan wang pinjaman. Di dalam leverage trading atau margin trading ini, wang deposit yang digunakan sebagai cagaran juga berpotensi menjadi faktor penentu jumlah pinjaman yang bakal disalurkan kepada pelabur.
Sharlife15 Jun 2023
Online Forex Trading berulang-ulang kali disebut secara jelas oleh majlis fatwa, pejabat mufti dan begitu juga ahli-ahli akademik akan pengharamannya. Namun, masih ada ramai lagi traders di luar sana yang gian aktif melabur dalam Online Forex Trading. Berbeza dengan forex exchange atau money exchanger yang hukumnya harus. Forex exchange yang merupakan aktiviti penukaran matawang, juga dikenali sebagai Bay Sarf, adalah harus hukumnya. Adapun, Online Forex Trading telah difatwakan HARAM, atas beberapa faktor yang akan dikongsikan dalam artikel ini.
Sharlife14 Jun 2023
Futures contract adalah kontrak atau akad yang berlaku diantara pihak pembeli dan penjual yang membolehkan mereka bersetuju untuk membeli atau menjual sesuatu aset atau barangan pada tarikh dan harga yang telah ditetapkan. Harga pasaran barang atau aset tersebut boleh jadi lebih tinggi atau lebih rendah pada tarikh yang dijanjikan berbanding dengan ketika akad dilakukan. Sekalipun perubahan harga berlaku, kontrak atau akad tetap perlu dijalankan.
Sharlife9 Jun 2023
Arbitrage Trading di dalam konteks pelaburan kripto merupakan salah satu daripada cara pelabur menjana keuntungan. Caranya adalah dengan memanfaatkan perbezaan harga di platform pertukaran yang berbeza. Harga kripto di setiap exchanger atau platform pertukaran adalah tidak sama. Hal ini terjadi kerana harga sesuatu aset atau barang itu dipengaruhi oleh âSupply and Demand Theoryâ. Ianya merupakan satu perkara asas di dalam ekonomi bahawa apabila demand atau permintaan naik, maka harga juga akan naik. Apabila bekalan, stok atau supply berkurangan, maka harga akan naik. Begitulah sebaliknya, dan inilah juga yang berlaku di dalam dunia kripto.
Sharlife6 Jun 2023
Pump and Dump merupakan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan haram dilakukan oleh seseorang individu atau sekumpulan pelabur. Di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada pelabur-pelabur yang menyalah gunakan platform media sosial untuk menyebarkan maklumat palsu mengenai syarikat-syarikat tertentu untuk melaksanakan kegiatan 'pump and dump'.
Sharlife1 Jun 2023
Baru-baru ini kita dihangatkan dengan kemunculan meme coins, antaranya ialah PEPE. Ramai pelabur-pelabur yang berjaya meraih keuntungan sehingga mencapai jutaan dollar. Namun, adakah coin/token mempunyai fundamental yang kuat sesuai dengan kenaikan harganya. Mari kita selidik sedikit sebanyak berkaitan meme coins, adakah ianya bertepatan dengan Prinsip Shariah. Apa itu Meme Coins?
Sharlife26 May 2023
Inovasi teknologi telah membawa perubahan yang signifikan dalam dunia pelaburan, dan salah satu trend yang sedang hangat dalam kalangan pelabur kripto adalah crypto bot trading.
Sharlife24 May 2023
Kerap kali kita dikhabarkan dengan masalah yang sering berlaku dalam dunia takaful pada hari ini. Walaupun simpanan dalam takaful dikatakan sebagai instrumen menyimpan terbaik, namun pada tahun 2020, Institut Kesihatan Umum telah melaporkan bahawa sebanyak 43% daripada responden menjawab tidak mampu kepada soalan âÂÂSebab-sebab tidak memiliki insurans/takaful kesihatan peribadiâÂÂÃÂ. Hal ini sangat membimbingkan walaupun pada hakikatnya, industri takaful ini sudah pun bertapak lebih 30 tahun di Malaysia.
Sharlife14 April 2023
Industri kewangan telah memainkan peranan penting dalam ekonomi. Oleh itu, mengekalkan kestabilannya adalah sangat penting. Satu kajian menyatakan bahawa Fintech menunjukkan kesan positif dalam mengekalkan kestabilan kewangan menyebabkan lebih ramai orang menjadi sebahagian daripadanya. Mencerminkan perubahan transformasi industri kewangan global, industri Fintech sedang menjalani pendigitalan pesat. Namun, apakah sebenarnya Fintech itu?
Sharlife23 May 2022
Sejak permulaan abad ini, terdapat penekanan yang lebih besar terhadap pembangunan mampan. Adakah konsep pembangunan lestari itu asing dalam Islam? Mujurlah konsep pembangunan lestari telah lama wujud dalam al-Quran dan al-Hadis. Namun begitu, konsep itu sendiri baru diterima pakai dalam dunia Islam. Persoalannya, bagaimanakah kewangan Islam membantu dalam mencapai Matlamat Pembangunan MampanÃÂÃÂ (SDG)?
Sharlife8 April 2020
Topik perbankan Islam kini sedang hangat dibicarakan oleh komuniti. Perbankan Islam dilihat sama seperti perbankan konvensional dan digelar hanya menggunakan istilah "Islam" untuk mengaburi mata komuniti. Namun, sebelum membuka perbincang mengenai sistem dan isu yang timbul di dalam perbankan Islam, tahukah anda tentang sejarah penubuhan perbankan Islam?
Sharlife15 Februari 2022
Malaysia direkod berada pada kedudukan ke 62 daripada 180 buah negara pada tahun 2021, turun 5 anak tangga berbanding pada tahun 2020 di dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Penurunan ini menunjukkan peningkatan aktiviti rasuah di dalam negara kerana semakin rendah kedudukan sesebuah negara (tempat pertama dan seterusnya), semakin kurang aktiviti rasuah yang berlaku dalam sesebuah negara tersebut. Ini telah memberikan persepsi negatif negara luar terhadap Malaysia.
Sharlife10 Februari 2022
Pada 18 Disember 2021, 58 lokasi di 8 negeri di Malaysia telah terdedah dengan ancaman banjir yang dinilai bukanlah banjir kilat yang berlaku, akan tetapi banjir besar oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET). Ramai pihak turut sama membantu. Pusat Zakat turut sama turun padang untuk menyalurkan agihan zakat kepada mangsa-mangsa banjir. Namun secara dasarnya, mangsa-mangsa banjir tidaklah dikira sebagai penerima zakat.
Sharlife27 Januari 2022
Apabila dunia dilanda wabak pandemik Covid-19 dan negara menjalankan perintah berkurung, masyarakat terperangkap di dalam rumah. Walau bagaimanapun, tidak semua mengenai wabak ini buruk; ia juga telah menghasilkan impak positif dan peningkatan dalam industri dalam talian. Terdapat peningkatan dalam aktiviti dalam talian seperti melalui media sosial kerana dunia maya merupakan satu-satunya pautan untuk berinteraksi dan berhubung dengan dunia luar.
Sharlife25 Januari 2022
Kad kredit sering dikaitkan sebagai punca kepada bebanan hutang yang dialami oleh orang ramai. Bebanan hutang daripada kad kredit bukanlah satu-satunya punca, tetapi kadar faedah yang tinggi yang mereka bawa itulah puncanya, dan urus niaga ini mengandungi unsur riba . Umat âÂÂâÂÂIslam dilarang melakukan sebarang transaksi yang mengandungi unsur riba kerana riba adalah haram. Tetapi, tahukah anda bahawa institusi kewangan Islam juga mengeluarkan kad kredit? Bagaimana kad kredit ini boleh menjadi Islamik?
Sharlife17 Januari 2022
Bay' Bithaman Ajil (BBA) pernah menjadi satu instrumen pembiayaan yang paling popular di bank-bank Islam di Malaysia untuk produk pembiayaan perumahan. Walau bagaimanapun, ia sering dikritik oleh ahli akademik bahawa BBA yang diamalkan bukanlah BBA sebenar di bawah prinsip BBA, namun sebaliknya ia adalah instrumen yang bercirikan Bay' al-Inah (jual dan beli balik) yang mana bertentangan dengan instrumen Islam yang sah.
Sharlife10 Januari 2022
Acap kali kita mendengar perbincangan mengenai matawang kripto dan teknologi blokchain yang sudah pun menjadi perhatian dalam beberapa tahun ini. Ia adalah petanda menunjukkan bahawa ekosistem blokchain telah diterima ramai, lihat sahaja pada pasaran modal matawang kripto yang saban hari meningkat naik. Pelbagai inovasi dan fungsi baharu sedang rancak dibangunkan dan diperkenalkan oleh ramai pembangun untuk menjadikan keseluruhan ekosistem ini berguna bagi kegunaan aktiviti kewangan seharian. Salah satu daripada inovasi unik tersebut ialah Non-Fungible Token atau NFT.
Sharlife14 Disember 2021
Memperkenalkan SharLife, sebuah platform yang membuat perbandingan produk kewangan patuh Syariah dengan misi untuk membantu pengguna dengan menyediakan maklumat-maklumat yang diperlukan tentang produk-produk dan servis-servis kewangan patuh Syariah yang ditawarkan oleh Institusi Kewangan Islam di Malaysia. Antara fungsi yang ditawarkan adalah fungsi perbandingan produk pembiayaan dan takaful, fungsi kalkulator Nisbah Khidmat Hutang serta pelbagai lagi. Mari kita lihat antara fungsi-fungsi yang ditawarkan oleh SharLife.
Sharlife14 Disember 2021
Seringkali kita mendengar perkataan Riba diulang-ulang oleh sesetengah asatizah di meja penceramah agar kita tidak terlibat didalamnya. Adakalanya disebut didalam doa-doa agar kita dijauhi daripada melakukannya. Namun pemahaman yang jelas perlu diterapkan kepada masyarakat kita khususnya yang beragama Islam agar tidak tertipu dengan kefahaman salah berkenaan Riba. Kadangkala, ada yang mendefinisikan Riba sebagai mengambil keuntungan yang terlalu tinggi dalam jual beli. Adakah ini yang dimaksudkan dengan Riba? Apakah sebenarnya maksud Riba yang disebut oleh Allah di dalam Al-Quran?
Sharlife17 November 2021
Pada mesyuarat ke-194 bertarikh 25 Jun 2019 dan mesyuarat ke-195 pada tarikh 31 Julai 2019, Majlis Penasihat Shariah (MPS) Bank Negara Malaysia (BNM) telah memutuskan bahawa struktur produk Ar-Rahnu melalui gabungan qard (pinjaman), rahn (cagaran), wadi`ah (simpanan) dan ujrah (yuran) yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam (IKI) di Malaysia tidak memenuhi keperluan Shariah seperti di dalam Dokumen Polisi Rahn.
Sharlife17 November 2021
Dunia kini menyaksikan keterujaan manusia tentang sebuah teknologi iaitu Blockchain dan Bitcoin yang telah berusia lebih 13 tahun. Setiap individu yang terlibat secara langsung atau tidak dalam industri ini bercakap berkenaan Blockhain dan impaknya terhadap sistem kewangan dunia. Persoalannya, sebagai muslim, adakah kita dibenarkan untuk terlibat dalam aktiviti perdagangan kripto dan menggunakannya dalam transaksi harian? Halalkah?
Sharlife5 November 2021
Di antara saham patuh Syariah dalam senarai edisi Mei 2021 tersebut, tumpuan utama diberikan kepada sebuah syarikat yang menjalankan penghasilan dan penjualan kondom, namun dinilai sebagai patuh Syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Ianya menjadi bualan hangat pelabur-pelabur seolah menyangkal keputusan tersebut. Dalam artikel kali ini kami beri sedikit penerangan secara ringkas mengapa saham syarikat yang menjalankan perniagaan kondom dikategorikan sebagai saham patuh Syariah.
Sharlife1 November 2021